Suspek kes kebakaran rumah tahfiz yang di lepaskan.
Inilah dia suspek yang dilepas dan dibebaskan Mahkamah.
Wajah suspek kedua ini tidak dapat dicam oleh dua orang saksi pendakwaan ketika suspek ini kelihatan memanjat masuk pagar pusat tahfiz.
Apa yang pasti, memang ada orang kedua yang membunuh dan membakar pusat tahfiz.
suspect di belakang memakai penutup muka.
Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan seorang lelaki kekal di penjara selama tempoh diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, atas sabitan kesalahan membunuh 23 penghuni tahfiz dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, enam tahun lalu.
Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Abu Bakar Jais yang bersidang bersama Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk See Mee Chun, membuat keputusan berkenaan secara sebulat suara.
Mahkamah juga menetapkan supaya seorang lagi lelaki yang berdepan pertuduhan sama, kekal dilepas dan dibebaskan.
Kedua-dua lelaki itu yang berusia 16 tahun ketika kejadian, tidak berdepan hukuman mati kerana di bawah umur 18 tahun mengikut peruntukan undang-undang.
Comments
Post a Comment